OMG! Oppa

Rated 5.00 out of 5 based on 3 customer ratings
(3 customer reviews)

RM10.00

Categories: , Tag:

Penerangan

Lagu kumpulan EXO sentiasa berkumandang kuat pada tahap paling maksima. Boleh bergegar dinding rumah dibuatnya! Bibir turut menyanyikan bait-bait lirik lagu yang tidak difahami maksudnya. Tubuh bergoyang kiri dan kanan, mengikut rentak tarian kumpulan berkenaan.

Itulah rutin Suri, remaja yang terkena penyakit obses. Biliknya penuh dengan poster wajah-wajah oppa bermata sepet. Setiap hari mesti dikaji berita KPOP dan gosip. Paling didamba adalah mengumpul barangan merchandise eksklusif. Suri memang begitu suka pada KPOP sehingga perkara lain tidak dipandang, hanya KPOP jadi dambaan!

Paling kronik ketika Suri mendapat tahu bahawa kumpulan KPOP kegemarannya akan julung-julung kali membuat konsert di Malaysia. Suri mesti pergi, walaupun tiketnya beratus ringgit. Suri wajib hadiri, walaupun esoknya ada peperiksaan genting. Lalu dirancang pelbagai cara mengumpul dana supaya boleh membeli tiket. Suri juga sudah siap-siap membuat pelan rahsia agar ibu bapanya memberi kebenaran pergi ke konsert.

Info Tambahan

Weight 0.3 kg

3 reviews for OMG! Oppa

  1. Rated 5 out of 5

    Amirah Batrisyia Rusmadi

    Best sangat-sangat, saya dah baca!

  2. Rated 5 out of 5

    Alyaa Qistina

    best gile novel ni

  3. Rated 5 out of 5

    KAIRA

    Saya nak beli buku ni !!!!!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…