Sold Out

KPOP Boys Lawan Band Rock

Rated 3.67 out of 5 based on 3 customer ratings
(3 customer reviews)

RM10.00

Out of stock

Categories: ,

Penerangan

EXO, Super Junior dan Bangtan Boys! Ia trend muzik Korea yang paling digemari… meledak tanpa boleh disekat lagi! Siapa tidak suka KPOP? Maka dilabel ketinggalan. Siapa tidak minat KPOP? Tentu dianggap tidak mengikut arus zaman. Atas pengaruh itu, apabila sekumpulan pelajar berpenampilan KPOP melawat Sekolah Sri Bangsar… habis semua orang jadi gila bayang! Tambahan pula… tiga jejaka bernama Niel, AJ dan Kim memang hebat menari dan smart sangat!

Populariti tiga jejaka KPOP Boys itu rupa-rupanya mencabar kumpulan rock Sri Bangsar yang digelar band Rangers. Selama ini Rangers bagaikan artis Sri Bangsar, digemari peminat kerana bersuara emas.

Malangnya… Roy, Zack dan Adi mula diketepikan. Semuanya gara -gara perhatian kepada KPOP Boys semata-mata! Akibat cemburu meluap, strategi sabotaj dirangka penuh jahat. Operasi cicak dan sos wasabi diatur, demi mengenakan KPOP Boys yang dibenci sangat.

KPOP Boys pula menyerang balas, memalukan band rock Rangers di atas pentas. Sampai bila KPOP Boys dan Band Rock akan berbalah? Adakah hingga satu Sekolah Sri Bangsar terpalit bermasalah? Siapa yang juara akhirnya? Ikuti novel ini hingga habis ya!

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

3 reviews for KPOP Boys Lawan Band Rock

  1. Rated 5 out of 5

    maizatul

    macam mana awak tahu kumpulan bangtan boys. saya fangirl mereka saya rasa ini buku terbaik dalam hidup saya terima kasih ain maisara.nn1

  2. Rated 1 out of 5

    Nurin101 (verified owner)

    Berapa lama ya masa untuk pos?

  3. Rated 5 out of 5

    Nurin101 (verified owner)

    Dah dapat dah buku. Memang bestlah buku ni!Saya suka masa ada banyak cicak dalam beg Niel dan Adi tercencing atas pentas. Saya tergelak masa tu.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *