Ustazah Sentap #MisiSolehah

Rated 5.00 out of 5 based on 2 customer ratings
(2 customer reviews)

RM10.00

Categories: ,

Penerangan

Kehidupan si Ustazah Sentap dimulakan dengan rasa seronok! Teramat teruja! Lompat bintang hingga ke planet Jupiter! Bahiyah berjaya mendapatkan sokongan pengetua sekolah dalam meneruskan agenda dakwahnya.

Namun proses penubuhan persatuan baru, Badan Dakwah dan Tarbiah tidak sebegitu mudah. Para pelajar Sekolah Sri Bangsar enggan bertukar persatuan pada pertengahan tahun. Kata mereka, terlalu leceh! Terlalu renyah!

Apa yang diperlukan hanyalah TIGA orang pelajar sahaja mendaftar. Mujur akhirnya ada EMPAT orang yang berminat pada saat terakhir. Namun, ia bukanlah seperti yang disangka. Ahli-ahli Badan Dakwah terdiri daripada pelajar-pelajar rambut mengerbang dan peminat muzik rap Eminem. Malah, ada bangsa Cina dan India! Kombinasi seperti nasi kandar ini nampak pelik tetapi melengkapi, namun terlalu ironi!

Mampukah Bahiyah menghadapi rakan-rakan baru yang tidak berjubah dan bertudung labuh seperti biasa? Paling menyusahkan hati apabila ada golongan yang berfahaman liberal di SSB. Siap menggelarkan diri sendiri sebagai Golongan Anti Hijabi (GAH) Aduh, semakin rumit nampaknya!

Sambungan siri ini pastinya padat dengan informasi. Semoga bermanfaat membaca, terhibur dalam jenaka dan menambah pengetahuan agama. Jangan sentap-sentap ya!

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

2 reviews for Ustazah Sentap #MisiSolehah

  1. Rated 5 out of 5

    aqiesazmi

    Nama: Ainnul Mashitah bte Azmi
    Nombor ahli:BTJ 025
    CABARANCUTISEKOLAH04

  2. Rated 5 out of 5

    aqiesazmi

    Nama: Ainnul Mashitah bte Azmi
    Nombor ahli:BTJ 025
    CABARANCUTISEKOLAH04

    Buku Ustazah Sentap ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan kanak-kanak kerana isi kandungannya yang menarik. Mengandungi unsur-unsur agama,siri kali ini membawa para pembaca untuk lebih mendalami ilmu agama. Sebagai contoh,Bahiyah terlalu ingin menubuhkan kelab Dakwah dan Tarbiah di sekolah Sri Bangsar untuk menyebarkan dakwah Islam. Namun, penubuhan kelab tersebut tidak mendapat sambutan para pelajar kerana ditubuhkan pada pertengahan tahun apatah lagi apabila wujudnya golongan anti hijabi yang tidak mahu menyambut dakwah dari Bahiyah lagi-lagi untuk menyahut seruan bertudung labuh! Kesimpulannya,buku ini mengandungi pelbagai pengajaran seperti tuntutan menutup aurat dalam Islam. Selamat membaca,moga bermanfaat!

    [100 patah perkataan]

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *