Hantu Mahu Popular

(9 customer reviews)

RM10.00

Penerangan

Sekolah Sri Bangsar berhantu? Ya, pada siang hari ia kelihatan seperti sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma, ia dipenuhi dengan hantu-hantu dan dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar.

Pada satu hari, Sekolah Seram Bangsar telah didatangi oleh pegawai Pejabat Pendidikan Hantu Daerah. Lawatan tersebut adalah bagi menilai tahap keseraman hantu-hantu Bangsar. Rupa-rupanya para hantu di situ tidak tahu cara-cara menakutkan manusia. Pontiana dan Pontiani, si kembar pontianak hanya tahu membuat persembahan akrobatik udara. Langsiwei si hantu langsuir yang hodoh, lebih pakar menjahit langsir raya. Dan si pochong pula pandai menari pocho-pocho dan bergelek penuh gaya. Aduhai… ini hantu atau badut sarkas?

Setelah diberi amaran, malah diugut mahu menutup Sekolah Seram Bangsar… guru besar terpaksa meminta bantuan pelajar-pelajarnya. Tolonglah takutkan manusia, jika tidak Sekolah Seram Bangsar akan hanya tinggal nama.

9 reviews for Hantu Mahu Popular

  1. Natalie Lenny

    Buku Hantu Mahu Popular ! Aku tunggu kau , pasti cerita yang best !

  2. Dhia Irdina

    Wow! Hantu Mahu Popular is the best! Terbaik sesangat!

  3. @[email protected]

    Memang best!Nanti buatlah pula pasal hantu ke new York!

  4. Meeza Irdina

    Saya memang suka buku “Hantu Mahu Popular”!Mengapa?Kerana ceritanya sangat kelakar!Gelagat mereka yang ingin mengejutkan orang dengan kejutan yang menyeramkan tetapi mereka pula yang dikejutkan!Tetapi lawak pun lawak juga..pengajarannya tetap ada!Saya belajar bahawa kita tidak boleh cepat berputus asa walau apa jua cabaran!Memang puas baca!

  5. Nur’Rabiatul Adawiyah

    *#CABARANCUTISEKOLAH04*

    Buku hasil dua orang penulis termasyhur ini merupakan gabungan yang mantap dan menjadikan jalan cerita yang berlainan serta plot yang disusun amat unik. Penulis cuba mencari kelainan dengan menghasilkan novel hantu kelakar seperti ini.

    Mahu tahu kenapa cerita ini unik? Bacalah novel seram Hantu Mahu Popular demi mendapatkan jawapannya!

    RabiatulAdawiyah #GTS_ARMY
    #HantuMahuPopular #AinMaisarah&AzanilFitri

  6. Nur’Rabiatul Adawiyah

    *#CABARANCUTISEKOLAH04*

    Buku hasil dua orang penulis termasyhur ini merupakan gabungan yang mantap dan menjadikan jalan cerita yang berlainan serta plot yang disusun amat unik. Penulis cuba mencari kelainan dengan menghasilkan novel hantu kelakar seperti ini.

    Mahu tahu kenapa cerita ini unik? Bacalah novel seram Hantu Mahu Popular demi mendapatkan jawapannya!

    RabiatulAdawiyah
    HantuMahuPopular * AinMaisarah&AzanilFitri

  7. Nur’Rabiatul Adawiyah

    #CABARANCUTISEKOLAH04

    Buku hasil dua orang penulis termasyhur ini merupakan gabungan yang mantap dan menjadikan jalan cerita yang berlainan serta plot yang disusun amat unik. Penulis cuba mencari kelainan dengan menghasilkan novel hantu kelakar seperti ini.

    Mahu tahu kenapa cerita ini unik? Bacalah novel seram Hantu Mahu Popular demi mendapatkan jawapannya!

    RabiatulAdawiyah
    HantuMahuPopular * AinMaisarah&AzanilFitri

  8. Khairi Zakwan

    Sekolah Seram Bangsar kini dalam bahaya. Misi menakutkan manusia pula dalam taruhan. Adakah usaha hantu-hantu yang pelbagai kerenah ini mampu menyelamatkan sekolah mereka? Kenalah baca ya!

    Secara peribadi saya sangat suka konsep dan jalan cerita yang sungguh unik ini. Jika hendak baca bacaan yang santai, kenalah beli buku ini ya!

  9. Khairi Zakwan

    Sekolah Seram Bangsar kini dalam bahaya. Misi menakutkan manusia pula dalam taruhan. Adakah usaha hantu-hantu yang pelbagai kerenah ini mampu menyelamatkan sekolah mereka? Jangan lupa baca ya!

    Secara peribadi saya sangat suka konsep dan jalan cerita yang sungguh unik ini. Jika hendak baca bacaan yang santai, kenalah beli buku ini ya!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *