Dahsyatnya UPSR

RM12.00

Daniel bin Arsyad, suatu ketika dahulu dipanggil dengan nama gelaran Dahsyat. Kini sudah menginjak usia 12 tahun… inilah detiknya dia menduduki UPSR!

Awal-awal lagi, Daniel sudah merasai bahang peperiksaan. Cikgu yang mengajar semakin garang, guru besar asyik menyebut tentang peratusan kecemerlangan sekolah yang mesti dikekalkan.

Penerangan

Di rumah pula, tekanannya lebih tinggi kalah KLCC. Percutian keluarga dibekukan, malah balik kampung pun tidak dibenarkan. Semua permainan video dirampas dan disimpan. Siaran TV? Say bye-bye! 

Lebih kronik, pemakanan Daniel dijaga. Hanya menu-menu sihat sahaja yang boleh dinikmatinya. Habbatus sauda, kacang bijak, susu, dan minyak ikan jadi rutin. Buatkan dia rindu kepada kek, ayam goreng, dan aiskrim! Belajar… belajar dan belajar. Pagi, petang, siang, dan malam. Terasa teramat seksa, jiwanya benar-benar menderita!

Akibatnya Daniel nekad menggunakan taktik kotor supaya dirinya tidak terus tertekan. Dahsyatnya penangan UPSR… sampai Daniel sanggup melakukan pelbagai perkara yang tidak terjangkau dek akal!

Apa kesudahan Daniel? Mampukah jadi pelajar cemerlang? Ataupun tewas dalam ujian getir menghadapi tekanan? Baca sampai habis novel ini, selepas itu cepat-cepat ulang kaji pelajaran ya!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dahsyatnya UPSR”

Your email address will not be published. Required fields are marked *