Sold Out

Aku Mahu Banyak Like

(6 customer reviews)

RM15.00

Out of stock

Penerangan

Syaza anak tunggal yang biasa keseorangan, terkejut apabila ibunya Puan Mariah memberitahu akan kembali berumahtangga. Memilih Tuan Syukur… duda beranak dua. Lebih haru, gabungan dua keluarga kini menetap bersama.

Syawal si abang tiri, aktif bersukan. Jersi dan kasut bersepah. Bau badan pula busuk, sehanyir ikan yang perutnya pecah. Serius boleh termuntah! Syakir pula adik tiri yang membela binatang. Dilepaskan bebas hingga kumbang besar merayap pada paha! Syaza turut histeria melihat mentadak menonton TV di sofa! Paling ngeri, ayah tirinya mengajak seluruh keluarga bercuti di hutan? Oh… tidak sesuainya!

Terpaksa mengalah, Syaza menurut ke hutan jua. Kanta lekap pula merengsa mata, maka dipakainya spek mata pemberian arwah ayah yang lama ditinggalkan kerana berbentuk bulat ala-ala Harry Porter. Tiba-tiba sesuatu yang pelik berlaku. Syaza mempunyai kuasa menundukkan lelaki! Syawal dan Syakir mendengar cakap. Malah Fahrin hero Sri Bangsar di sekolah juga turut mendekatinya!

Apa sebenarnya yang terjadi? Tiba-tiba Syaza banyak ‘like’ di sana sini. Sampai The Wannababes kumpulan popular pun iri hati! Ketahui segalanya dalam novel Aku Mahu Banyak Like… haa… mesti like novel ini ya!

6 reviews for Aku Mahu Banyak Like

  1. Nurul Nadhirah

    best cerita ni..saya dah beli dah buku ni

  2. KAIRA

    Saya nak beli buku ni…

  3. Rabiatul Abby Rosli

    Wah!Saya sudah baca buku ini dan ianya sangatlah menarik!Hasil daripada kak ain maisarah dan juga kak nur khairiah sangatlah manarik!Saya sangat suka kerana banyak pengajaran yang boleh saya ambil dan motivasikan dalam diri ini.Sebelum ini saya juga mahukan populariti tetapi selepas membaca buku ini,barulah saya sedar bahawa populariti itu mempunyai pelbagai rintangan yang boleh membawa padah.Jadi,saya sarankan untuk semua blinkers dan juga yang bukan blinkers belilah buku ini kerana banyak pengajaran yang terselit di dalam buku ini.Blink Book Terbaik!

  4. Aisya Insyirah

    Nama:Aisya Nur Insyirah Binti Afandi
    Nombor Ahli:BTJ013
    #CABARANCUTISEKOLAH04

    Perkataan ‘like’ memang disukai ramai.Walaupun seorang sahaja yang ‘like’,boleh pengsan terus kerana terharu yang teramat!

    Mengapa saya kata sebegitu?Ini kerana Ain Maisarah dan Nur Khairiah telah menerbitkan buku yang bertajuk Aku Mahu Banyak Like!Mesti adik-adik semua teruja dengar tajuk buku ini bukan?

    Jangan ingat buku ini tidak bagus ya!Syaza yang merupakan watak utama tiba-tiba mempunyai kuasa menundukkan lelaki!Syaza juga tiba-tiba mendapat banyak ‘like’ sehingga kumpulan The Wannababes juga cemburu!

    Mahu tahu sambungan cerita ini?Belilah buku ini secepat mungkin!Selepas baca,jangan lupa beri ‘like’ kepada buku ini ya!

  5. Nur Syakila Irdina

    Syaza yang merupakan anak tunggal, tiba-tiba dikejutkan dengan khabar bahawa ibunya akan berumahtangga sekali lagi. Suami yang dipilih oleh ibunya, Puan Maria adalah duda dan memiliki dua orang anak lelaki.Bukan itu sahaja, dia ju ga dikejutkan dengan percutian di hutan .Kanta lekap merengsa mata Syaza, maka dipakainya spek mata berbentuk bulat ala-ala Harry Potter dan sesuatu yang pelik berlaku! Apa sebenarnya yang terjadi? Dapatkan buku Aku Mahu Banyak Like untuk ketahui lebih lanjut.

  6. Nur Syakila Irdina

    Syaza merupakan anak tunggal, tiba-tiba dikejutkan dengan khabar bahawa ibunya akan berumahtangga sekali lagi. Suami yang dipilih oleh ibunya adalah duda dan memiliki dua orang anak lelaki.Bukan itu sahaja,dia juga dikejutkan dengan percutian di hutan!Kanta lekap merengsa mata,maka dipakainya spek mata berbentuk bulat ala-ala Harry Potter dan sesuatu yang pelik berlaku! Apa sebenarnya yang terjadi? Dapatkan buku “Aku Mahu Banyak Like” untuk ketahui lebih lanjut.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *