Sale!

Taubat Gadis Biadab

RM12.00 RM10.00

Categories: ,

Penerangan

Sememangnya, jenama biadab lagi kurang ajar sudah sebati dengan diri Nadiya Risa. Bercakap lepas dan selalu melakukan perkara mengikut sesuka hatinya. Latihan Matematik, kerja sekolah, buku nota… memang tidak pernah mahu disiapkan!

Nasibnya berubah apabila sebuah kelas lama kini dibuka. Kononnya terdapat sebuah meja berkerusi biru yang mampu menunaikan sebarang hajat.

Lalu Nadiya Risa mencuba nasib. Diletakkan buku latihan Matematik di meja berkerusi biru. Biar siap segala kerja sekolah tanpa perlu bersusah payah. Siapa sangka, pelik bin ajaib… esoknya semua siap terisi! Tanpa Nadiya Risa perlu bermata panda dan pecah-pecah kepala.

Nadiya Risa semakin senang hati. Langsung tidak menyedari dirinya kini sudah berlaku biadab lagi syirik pada yang Maha Hakiki. Pelbagai kejadian pelik mula menghantui.

Mengganggu setiap lena dan mimpi. Apakah Nadiya Risa sempat untuk kembali? Memohon taubat dan perlindungan tuhan yang Maha Mengampuni.

“Ustazah… agak-agaknya, tuhan mahu terima taubat saya lagi?”

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Taubat Gadis Biadab”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…