Sold Out

Miss Spa Lawan Gadis Kampung

Rated 5.00 out of 5 based on 4 customer ratings
(4 customer reviews)

RM10.00

Out of stock

Categories: ,

Penerangan

Cantik bergaya? Itu memang idaman semua! Jika boleh badan mestilah langsing macam biola. Paling didamba, muka biarlah licin bak telur dikupas. Oh… rambut pula diimpikan cantik mengurai macam model syampu dalam kaca televisyen!

Demi mendapatkan kecantikan maksima, bagi Syaza si anak pemilik spa… tentulah segalanya perlu dilakukan dengan rawatan paling moden. Mesin urutan menggunakan getaran air hidro. Muka diwapkan dengan bekalan oksigen sejuk. Pada ketika rawatan, bau lavendar wajib memenuhi ruang hidung!

Lain pegangannya dengan Mawar, si gadis kampung. Hanya bedak sejuk ditepek ke muka, murah dan dibuat sendiri sahaja. Ubat suburkan rambut, mudah… lulurkan biji betik yang dikisar dan dijemur. Jika mahu langsingkan badan… tidak perlu susah-susah. Beriadahlah cara paling mudah, berlari-lari di tepi sawah ataupun tangkap belut di dalam kolam air tawar!

Syaza dan Mawar berbeza pegangan, jadi berlawanan apabila disuruh bergabung membuat blog kecantikan Sekolah Sri Bangsar!

Cara moden ataupun tradisional? Rawatan spa ataupun gaya kampung? Peperangan dua penjuru kini meletus! Siapa pemenangnya? Ketahui kisah ini dalam novel ‘Miss Spa LAWAN Gadis Kampung’.

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

4 reviews for Miss Spa Lawan Gadis Kampung

  1. Rated 5 out of 5

    Dhia Irdina

    Thank you , Kak Ain Maisarah and Kak Nur Khairiah sebab tulis novel ini dan beri banyak tips kecantikan!

  2. Rated 5 out of 5

    KAIRA

    Nanti saya nak beli!!

  3. Rated 5 out of 5

    Aisyah Humaira

    Buku yang penuh dengan ilmu dalam dan luar penampilan…
    Good job team blinkbook

  4. Rated 5 out of 5

    [email protected]

    Minat cara penjagaan kecatikan tradisional? Yang moden pun tidak kurang hebatnya? Ish susahnya mahu memilih . Ya , adik-adik boleh mendapat kan buku ini . Syaza dan Mawar bertengkar kerana masing-masing ingin mempertahankan pegangan masing-masing. Syaza , ibunya memiliki spa yang mempunyai beberapa cawangan mengutarakan ideanya untuk berkongsi tentang kebaikan ke spa di dalam blog nya . Mawar pula , masih mengikuti amalan turun-temurun . Menggunakan bahan semulajadi untuk kecantikan . Idea siapa yang akan dipilih untuk blog itu? Misteri . Adik-adik yang minat hal-hal kecantikan harus baca . Buku ini hasil karya Kak Ain Maisarah dan Kak Nur Khairiah .Memang mantap gabungan idea mereka. Selamat memasuki dunia kecantikan .

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *