Miss Shawlistar Lawan Miss Bawalistar

RM10.00

Categories: ,

Penerangan

Syamira ~ remaja yang mempunyai ramai pengikut di Instagram, lebih 5000 orang! Cukup besar pengaruh di media sosial, alangkan artis yang meningkat naik pun terkial-kial hendak mendapatkan jumlah pengikut yang sama. Atas kriteria itulah, Syamira menjadi peneraju Geng Tudung Bawal. Pandai mempelbagaikan ikatan, membuatkan personalitinya menyerlah bak bintang.

Na’abella ~ kapten bola tampar perempuan itu memang juara dalam bab membelit selendang. Padanan gaya yang moden, membuatkan Na’abella popular ala-ala artis baru berhijrah. Tambah lagi trend yang digayakan adalah ikutan remaja sekarang, memang meletuplah!

Dua remaja ini bertembung apabila dicalonkan menjadi Penolong Ketua Pengawas. Syamira menggunakan taktik pemberian tudung bawal percuma kepada pengundinya. Tidak cukup dengan itu, Syamira mengiklankan diri dalam majalah arus perdana!

Na’abella pula lebih ganas, mempromosikan diri di stesen TV terkemuka! Keduanya teruja berebut jawatan,
sampai sanggup berperang besar! Perang poster dan jaja kisah buruk pihak lawan… itu asam garam kempen yang dilakukan.

Siapa bakal pemenang?

Antara
Miss Shawlistar dan
Miss Bawalistar…

siapa yang lebih menyerlah? Ikuti kisah novel LAWAN ini yang banyak pengajarannya!

Info Tambahan

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Miss Shawlistar Lawan Miss Bawalistar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *