Gegegirls Lawan Alien

(1 customer review)

RM12.00

Out of stock

Penerangan

Makhluk asing datang ke Malaysia? Kapal angkasa mendarat di Bukit Bangsar? Huh… itu semua tentu mustahil kerana selalunya perkara sedemikian hanya berlaku di Amerika!

Namun tiga sahabat dari Sri Bangsar iaitu Nuha, Dhia dan Farzana benar-benar mempercayai teori itu. Tambahan pula apabila tiba-tiba Sekolah Sri Bangsar turut didatangi oleh tiga orang pelajar baru bernama Ramlee, Sudin dan Aziz. Kepandaian pendatang baru itu dalam akademik turut dicemburui, hingga menjadi anak murid kesayangan Cikgu Aziz dan mendapat keputusan ujian yang sentiasa tertinggi!

Namun pada Nuha, Dhia dan Farzana… pelajar-pelajar baru itu dianggap pelik kerana setiap hari memborong berbungkus-bungkus karipap di kantin, balik tepat setiap kali loceng berbunyi dan tiada langsung rekod peribadi!

Akibatnya tiga gadis membentuk kumpulan penyiasatan diberi nama Gegegirls yang berazam menghalang penaklukan alien di bumi Sri Bangsar. Benarkah itu serkap jarang atau ia semata-mata spekulasi pelajar lama melawan pelajar baru yang lebih cemerlang?

Ikuti kisah sains fiksyen yang kelakar dan ketahui penamat kisahnya ya!

1 review for Gegegirls Lawan Alien

  1. ItzmeNK

    Cerita ini mmg best dan menarik…

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *