D Macam Dajal

RM10.00

Penerangan

Dajal, makhluk perosak akhir zaman yang tugasnya menghasut manusia melakukan kejahatan. Maka manusia yang terdorong melakukan kejahatan juga tidak ada bezanya dengan Dajal.

Ini adalah kisah lima sahabat yang punya perangai kejam yang amat. Mereka digelar Senior Dajal yang membuli tanpa belas, semata-mata untuk menunjukkan kuasa. Mereka senior jadi semua orang dipaksa tunduk hormat. Siapa melawan, akibat yang menanti teramat berat.

Langsung menikus para junior, takut menjadi mangsa. Semuanya wajib dituruti, jangan sesekali dikhianati. Bilik Zaaba menjadi saksi, setiap perbuatan keji yang keterlaluan. Si junior mula menyimpan dendam.

Kezaliman Senior Dajal mesti ditentang. Lalu kini,buku bertemu ruas. Senior Dajal menerima hukuman tidak terjangka dek akal. Hukuman yang membawa pengajaran besar buat mereka tetapi sudah terlambat untuk disesalkan.

Selamat datang ke Bilik Zaaba, Bilik Neraka!


“Buli sinonim dengan tingkah laku devian yang memberikan kesan traumatik pada mangsanya. Sebagai seorang kaunselor, isu buli dipandang serius dan tindakan pencegahan & pemulihan sentiasa dilakukan. Tahniah penulis kerana berjaya membawa audiens menyelami perasaan, sorotan pelbagai situasi yang meruntun jiwa & memberikan impak luar biasa!”

Puan Intan Syaleza Binti Sahalan
Guru Kaunseling, SMK Semerah, Muar.

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “D Macam Dajal”

Your email address will not be published. Required fields are marked *