B Untuk Bunuh

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM10.00

Penerangan

Kesempitan wang, kedaifan hidup serta keuzuran ibu bapa menjadi pendorong Husna untuk kekal berjaya dalam akademik. Sepenuh hidup dihambakan demi mendapat keputusan cemerlang.

Sebuah tawaran biasiswa akhirnya menjadi penentu masa depan dan kesenangan keluarga. Namun, dirinya terpaksa berhadapan dengan beberapa calon pelajar terbaik yang kini menghalang bahagia. Husna terdesak. Sebuah kesilapan akhirnya bertukar menjadi dosa.

Langkah yang berdarah tidak mampu disucikan kembali. Tiada saksi, tiada bukti. Kini, hasutan syaitan mula menguasai diri. Sekiranya A terlalu menjauh, mungkinkah B untuk bunuh?


“Siri Akademik Thriller ini seiring dengan pendekatan Kerajaan dalam menangani isu jenayah dalam kalangan pelajar melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Program Remaja Berwawasan. Semoga pelajar lebih peka dengan akibat kepada salahlaku atau jenayah dalam sekolah.”

Dato Pahlawan Zakaria Yusof,
Mantan Timbalan Ketua Polis Kedah

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

1 review for B Untuk Bunuh

  1. Rated 5 out of 5

    Kasih Damia Riesya Rizal

    Novel ini menarik minat saya untuk membaca kisah yang berkisarkan tentang masalah remaja yang sering berlaku yang akan menyebabkan anda menggigil-gigil.Pengajarannya ialah kita perlu berfikiran rasional supaya kita tidak membuat tindakan yang salah atau mengikut gerak hati kita seperti Husna yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat biasiswa.

    #CABARANCUTISEKOLAH04

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *