April Fool Asrama

RM10.00

Categories: ,

Penerangan

Kisah tiga orang budak kaki buli. Puas dinasihat langsung mereka tidak ambil peduli. Berasa diri hebat, angkuh dan sombong macamlah mereka yang paling kuat. Apa yang mereka buat, tidak ada sesiapapun yang mampu sekat. Bermaharajalela si kaki buli sampai menjadi manusia yang paling ditakuti. Mangsa-mangsa mulut terkunci, khuatir andai dilapor pada guru, padah menanti.

April Fools yang dirancang tiba-tiba lain pula yang jadi. Maka panik si kaki-kaki buli mencari jalan untuk melepaskan diri. Tanpa disangka, semakin mereka cuba menutup perbuatan keji itu, semakin berat bala yang menunggu.

Di atas bumi Tuhan, usah berlagak, usah tunjuk handal. Kerana karma tidak melihat besarnya engkau sebagai manusia, jahat tetap akan dibalas dengan kejahatan, baik pasti akan menerima balasan kebaikan.

April Fools boleh jadi gurauan sekadar suka-suka, namun andai tidak menjaga batas, nyawa jadi taruhan. Mampukah ketiga-tiga kaki buli itu terselamat daripada kesilapan yang mereka cipta sendiri? Hanya yang membaca buku ini sampai habis sahaja yang tahu jawapannya.

Amaran: Jangan baca buku ini dari muka surat belakang, baca dari muka surat depan!

Info Tambahan

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “April Fool Asrama”

Your email address will not be published. Required fields are marked *