A Atau Mati

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM10.00

Penerangan

Remaja perlu mati! Ketakutan yang melampau, memaksa masyarakat untuk mengambil keputusan yang drastik. Pembunuhan, rompakan, rogol serta pengedaran dadah kini menjadi jenayah yang dilakukan oleh para pelajar di bawah umur. Kehancuran dan gejala liar terus berleluasa. Remaja semakin rosak, masyarakat semakin terdesak.

Sebuah akta baru akhirnya ditubuhkan. Undang-undang yang mencatat sejarah dan perubahan pada negara. Akta Peperiksaan Merah diberi nama. Sebuah peperiksaan yang menjadi gelanggang neraka untuk remaja-remaja berdosa. Soalan-soalan yang mengundang azab serta derita, hanya dua sahaja jawapan yang diberi.

Sama ada A atau mati!


“Pendidikan yang keras tanpa “hati” hanya akan melahirkan graduan zombie dan bukannya insan. Satu naskah yang padat dengan unsur kekeluargaan selain mengetengahkan tema unik yang turut mengkritik kemelut gejala sosial pada masa kini. Mesti dibaca oleh semua golongan terutama pelajar sekolah!”

Cikgu Fakhrul, SK Tanjung BungaPenerima Anugerah Guru Inovatif Harapan 2017

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

1 review for A Atau Mati

  1. Rated 5 out of 5

    Nik Batrisyia

    Novel yang membuatkan pembaca menggigil-gigil ketakutan ini mengandungi plot yang penuh dengan saspens! Ia juga menekankan mengenai isu kekeluargaan, masalah sosial remaja liar di Malaysia yang seharusnya diatasi dengan segera dan sistem pendidikan yang kejam lagi tidak berperikemanusiaan. Tema ini sememangnya berkaitan dengan para remaja dan wajar dijadikan pengajaran.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *