5 Kisah Keji Jenayah Siber

(2 customer reviews)

RM12.00

Out of stock

Categories: ,

Penerangan

Sehari tanpa gadjet, bagaikan nafas tanpa udara. Dunia maya yang disangka indah sebenarnya penuh pancaroba. Siapa sangka sang Instafamous yang dipuja-puja, bergaya cuma untuk mengaburi mata? Manusia yang disangka sosok suci pula terus-terusan mendapat perhatian. Malahan dapat juga beribu-ribu sumbangan.

Tatkala si gadis mahu meraih cinta, rupa-rupanya terjebak dalam jerat percintaan yang menakutkan. Canda gurauan sesama rakan, mungkin juga bakal berakhir dengan saman. Ada juga si dara mungkin semakin fobia, apabila duit berhabis pada krim kecantikan yang menoreh muka!

Siapa sangka, waktu senggang yang diluangkan menghadap media sosial akan berakhir dengan tragedi. Betapa hebat kuasa media sosial boleh mempengaruh melakukan jenayah tanpa disedari minda, baik remaja mahupun dewasa. Lebih menakutkan sekiranya terlibat menjadi mangsa, diperdaya mereka yang rakus menikmati kemewahan dunia. Jangan sampai kita terperangkap dalam jenayah dunia siber yang menakutkan…

2 reviews for 5 Kisah Keji Jenayah Siber

  1. Puteri nuralia

    Novel ini mengisahkan tentang penyalahgunaan media sosial. Antaranya, mengongsi video yang mengaibkan orang lain. Oleh itu, kita perlu mengendalikan media sosial dengan bijak . Anda perlu dapatkan novel ini kerana ianya dapat membantu kita menghalang daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah siber ataupun sebagai penjenayah siber. Jika tidak mahu terjebak dengan jenayah siber anda perlu dapatkan buku ini segera.

  2. Puteri nuralia

    #CABARANCUTISEKOLAH04

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *