OMG! Gadis Berhantu

(2 customer reviews)

RM12.00

Out of stock

Penerangan

Hantu? Itu makhluk yang mahu didampingi.

Rumah usang? Itu destinasi yang disukai.

Ini kisah tentang Siti Anum, budak yang sangat obses terhadap kisah-kisah seram, alam ghaib dan mistik. Dia sememangnya kera sumbang, tiada kawan dek kerana minatnya yang menakutkan.

Apabila berpindah ke Sekolah Sri Bangsar, neneknya iaitu Mak Esah bimbang sekiranya gadis itu tidak dapat menyesuaikan diri. Tidak mahu cucu kesayangan tambah terasing lagi, diaturkan pertemuan bersama anak rakan. Gadis bernama Zuliana diminta jadi teman paksa mesra dengan Siti Anum yang pelik orangnya.

Pada masa yang sama, kecoh di sekitar taman perumahan Sri Bangsar bahawa kawasan itu diganggu oleh hantu-hantu yang berkeliaran. Siti Anum yang sememangnya merupakan peminat sejati hantu menjadi teruja mahu menjejak makhluk itu. Siti Anum mengajak Zuliana agar menyertai misi gila yang menyeramkan bulu roma.

2 reviews for OMG! Gadis Berhantu

  1. PUTRI ELENA MUANA

    SAYA SUKA BUKU SERAM

  2. Damia Husna

    Sangat Menarik! Menunjukkkan sifat yang berani dan menyeronokkan di bahagian hujung. Saya berharap buku siri seram akan menjadi lebih banyak.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *