Hantu Mahu Saiz S

(2 customer reviews)

RM12.00

Out of stock

Penerangan

Sekolah Sri Bangsar berhantu? Ya, siang hari ia sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma, ia dipenuhi hantu-hantu dan dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar.

Satu hari, Doktor Penatdol dari Jabatan Kesihatan Hantu telah membuat pemeriksaan. Setelah penilaian dibuat, didapati semua hantu mempunyai masalah berat badan. Toyol sudah tidak boleh mencuri kerana tersekat di pintu pagar. Pontianak sukar menakutkan manusia akibat asyik jatuh tersembam dari dahan bertenggek yang patah. Langsiur pula hanya mampu terbang rendah, macam helikopter yang rosak kipasnya.

Lantas pengetua terus melancarkan program Hantu Mahu Saiz S. Tengkurock, si hantu jerangkung pula dilantik menjadi jurulatih tidak bertauliah.Punyalah semangat mahu kurus, sampai ada ikrar khas yang dicipta:

Maka kami para hantu terlajak gemuk dan tembam,
Berikrar bahawa sesungguhnya,
Akan menumpukan seluruh tenaga hingga berpeluh,
Bagi mengurangkan berat badan yang terlebih kilo,
Dan mengempiskan perut yang terlajak boroi,
Berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut;

Kepercayaan kepada penimbang,
Kesetiaan kepada jurulatih,
Keluhuran ketika berlatih,
Kedaulatan petua langsing,
Kesungguhan dan kesabaran.

Mampukah hantu-hantu Sekolah Seram Bangsar kembali langsing dan bersaiz S semula? Ikuti kisah ini sambil berdiet juga ya!

2 reviews for Hantu Mahu Saiz S

  1. Anis Syafiqa binti Riduan

    #CabaranCutiSekolah04

    Anda semua harus memiliki novel ini dengan segera!! Mengapa? Kerana anda semua akan kering gusi dengan gelagat para hantu yang cuba menurunkan berat badan yang terlebih kilo ini.. Buku ini juga mengandungi pengajaran yang berguna untuk anda semua seperti sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat .Saya sudah memilikinya, anda bila lagi 🙂

  2. Aini Nadira

    #CABARANCUTISEKOLAH_04

    Wah!!Anda semua harus memiliki buku ini dengan segera!Mengapa?Kerana buku ini pasti megubat hati anda dengan telatah hantu Sekolah Seram Bangsar yang mahu saiz s.Pelbagai usaha yang mereka lakukan untuk menguruskan tubuh mereka.Anda pasti akan tertawa tidak henti henti dengan telatah lucu hantu-hantu ini.Cepat-cepat!!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *