Pocong Asrama Lawan Banduan Penjara

Rated 5.00 out of 5 based on 2 customer ratings
(2 customer reviews)

RM10.00

Penerangan

Berita terkini: Dua orang banduan terkenal baru melarikan diri dari Penjara Pantai Cetek. Mereka lebih dikenali dengan nama samseng Ngah Fadhil dan Botak Cun. Kedua-duanya amat berbahaya, disabitkan kesalahan menceroboh dan mencuri menggunakan senjata api. Kini suspek disyaki berada di sekitar Lembah Klang. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera melaporkan kepada polis jika terlihat aktiviti yang mencurigakan

Dua banduan dalam pelarian, akhirnya melepaskan lelah di hadapan pagar asrama SMK Jaya Setapak. Melihat hanya ada seorang pengawal yang bertugas, mereka segera memecah masuk ke dalam demi mendapatkan perlindungan. Bolehlah tumpang tidur, makan-makan dan merompak barang berharga.

Namun tanpa disangka, asrama yang dimasuki itu sememangnya lagenda. Sering disebut-sebut bahawa ada pocong yang menjaga! Maka bermulalah pengalaman ngeri dua banduan, mandi di bilik air pun ditutup buka lampu bagai bermain cak-cak. Pergi ke sinki… segala tempat penuh darah merah!

Malah lebih menakutkan apabila si pocong benar-benar menjelma. Bukan satu, dua atau tiga… tetapi enam kesemuanya!
Antara banduan penjara yang kejam berlawan dengan pocong asrama yang seram… siapa akan menang? Ikuti kisah ini, jangan baca malam-malam!

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

2 reviews for Pocong Asrama Lawan Banduan Penjara

  1. Rated 5 out of 5

    Lishen Sivan

    I want this book to more people to buy this book in blink online store

  2. Rated 5 out of 5

    [email protected]

    Ngah Fadhil dan Botak Cun ialah banduan dipenjara Pantai Cetek yang melarikan diri. Mereka menyembunyikan diri di SMK Jaya Setapak. Tetapi malangnya dia seringkali menerima gangguan daripada makhluk halus . Iaitu pocong.Mungkinkah SMK Jaya Setapak berhantu. Wuuuu, meremang bulu roma. Ngah Fadhil terpijak paku tekan yang ditabur di atas lantai . Haa mesti angkara pocong lagenda itu. Botak cun pula asyik lapar sahaja.Cerita ini penuh debaran demi debaran . Pesanan terakhir , jangan baca pada waktu malam . Hihihi. Adakah polis akan berdiam diri sahaja? Banduan itu akan pulang kepangkuan penjara ataupun bebas berkeliaran? Baca selanjutnya dalam siri lawan ini.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *