Sold Out

Pink Riding Hood Dan Serigala Tembam

RM16.00

Out of stock

Category:

Penerangan

Ini kisah sambungan pengambaraan Fizz dan Tizz di alam dongeng. Kes kelima ini melibatkan Pink Riding Hood dan Serigala Tembam yang dituduh membunuh Grandmama. Ketua jahat cawangan Barat merangkap ketua atasan kedua klien kes. Mereka berstatus pelarian, diburu dan dituduh agensi tempat mereka bekerja sebagai ejen selama ini.

Dalam tempoh pelarian, Pink Riding Hood dan Serigala Tembam sempat menumpang di rumah tiga beranak Bear di tiga rumah yang berasingan. Papa Bear yang mencadangkan mereka menghantar surat aduan kepada Konsortium Pari-Pari apabila situasi semakin bahaya.

Sejarah latar dunia dongeng ada diceritakan. Dunia dongeng terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Barat, Utara, Timur dan Selatan. Ia bukan dunia yang bulat. Ia adalah hamparan luas. Sempadan kawasan hujung paling kirinya adalah air terjun yang sangat dalam hingga tidak nampak dasar. Dan sempadan hujung paling kanan pula adalah gunung yang paling tinggi… hingga tidak nampak puncak. Dua sempadan ini tidak pernah dilepasi oleh mana-mana penduduk dongeng.

Sejarah agensi jahat turut diceritakan. Rupa-rupanya Grandmama masih hidup. Grandmama mahu hidup seperti insan biasa dan tidak mahu jadi penjahat lagi. Dia sengaja meletupkan rumah sendiri dan memalsukan kematian. Grandmama akhirnya membuat perjanjian dengan ejen pari-pari supaya merahsiakan semua itu. Sebagai balasan, Grandmama membongkar agenda pihak jahat, termasuklah memberikan beberapa klu yang amat bahaya dan tidak terduga.

Grandmama juga mahu berita kematian dua anak didiknya tersebar dan mereka semua akan berpindah ke tempat lain dengan identiti penyamaran yang baru.

Info Tambahan

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pink Riding Hood Dan Serigala Tembam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *