OMG! Gila Meow

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM10.00

Categories: , , Tags: , , ,

Penerangan

Meow… meow… meow!
Itulah bunyi paling damai pada telinga Aniz Zulaikha, seorang pencinta kucing yang tiada tara. Siapa tidak suka binatang yang comel dan gebu. Pandai berkelip mata, bijak bermanja… sekaligus memberi terapi ketenangan setiap masa. Maka tidak hairanlah, Aniz membela sehingga berbelas-belas ekor haiwan itu!

Namun halangan melanda kerana dia berjiran dengan Pak Cik Wahid, pembenci kucing paling tegar. Suara pasti memetir marah setiap kali si bulu mendekati kawasan rumah. Pada orang tua itu, kucing hanya membawa bau hancing menusuk hidung serta meninggalkan tahi busuk berketul-ketul. Tiada guna langsung! Jiran-jiran turut memandang serong, maka Aniz perlu perbetulkan persepsi buruk tentang si meow! Mujur dipertemukan dengan Amanda Krishna, seorang pemelihara haiwan profesional.

Rupa-rupanya menyayangi kucing bukan setakat membelai sahaja. Kebersihan perlu diutama. Disiplinkan si comel supaya tidak merosakkan harta benda. Ketika berusaha menjadi lebih bertanggungjawab, tiba-tiba Pak Cik Wahid menuduh Aniz penyebab cucunya sakit teruk hingga dikejarkan ke hospital!

Benar-benar tersepit dengan tuduhan, bagaimana mahu membersihkan nama sendiri yang sudah terpalit dek fitnah? Baca novel OMG! Gila Meow… sambil usap kucing comel juga ya!

Info Tambahan

Weight 0.3 kg

1 review for OMG! Gila Meow

  1. Rated 5 out of 5

    buku ni best! sebab saya memang suka kucing lagi-lagi yang berbulu lebat dan lembut ala-ala karpet gebu bulu kambing biri-biri.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *