OMG! A+

Rated 5.00 out of 5 based on 4 customer ratings
(4 customer reviews)

RM10.00

Raina calon SPM, terkenal dengan kebijaksanaan. Sentiasa mendapat markah tertinggi dan tempat pertama. Namun dalam peperiksaan awal tahun, keputusannya sedikit merudum walaupun masih mengekalkan takhta pertama.

Penerangan

Raina calon SPM, terkenal dengan kebijaksanaan. Sentiasa mendapat markah tertinggi dan tempat pertama. Namun dalam peperiksaan awal tahun, keputusannya sedikit merudum walaupun masih mengekalkan takhta pertama.

Ayahnya yang bergelar profesor pula mengugut dan menekan.Meletak kondisi: mesti dapat semua gred A+ dalam peperiksaan! Gred lain gred murahan… gred kelas bawahan! Jika tidak capai target, Raina tidak dibenarkan sambung pelajaran di luar negara seperti yang diimpikan.

Akibatnya, gadis cemerlang itu jadi obses dengan pelajaran. Kopi bergelen jadi peneman. Tidur pun di atas meja belajar! Kawan sembang? Ah… lupakan kerana bergosip-gosip itu hanya membuang masa!

Satu hari, datang seorang pelajar baru, Madihah atau lebih mesra dipanggil Didi menjadi rakan sebelah meja yang mesra. Tetapi, Raina langsung tidak pernah menghiraukan. Baginya, Didi adalah musuh ketat dalam pelajaran. Tambahan pula Didi sering mengalahkannya dalam kuiz dan peperiksaan.

Tatkala terdesak, fikiran jahat mengaburi minda. Sanggup dilakukan apa sahaja demi menjadi juara. Apakah yang bakal dilakukan oleh Raina? Mampukah dia mencapai semua A+ seperti yang diidam-idamkan? Semuanya terjawab di dalam OMG! A+….

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

4 reviews for OMG! A+

  1. Rated 5 out of 5

    raudhahrosli

    buku ni memang best dan ia juga bagi tips untuk dapat a+

  2. Rated 5 out of 5

    KAIRA (verified owner)

    ceritanya sangat gempak!

  3. Rated 5 out of 5

    KAIRA

    saya suka buku ni sebab ia sangat best!

  4. Rated 5 out of 5

    Aisyah Wahida

    Cerita ini sangat menarik mengisahkan tentang raina yang bijak tetapi keputusannya sering menurun dan membuatkan ayahnya serabut dengan anaknya tiba tiba seorang murid baru telah membuat dia rasa tercabar dan lebih bersemangat untuk berjaya akhirnya dia bercaya mencapai A+

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *