Sold Out

Miss KPOP Lawan Che Mek Molek

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM10.00

Out of stock

Penerangan

Kegilaan remaja kini ~ budaya Korea yang rancak lagi popular! Apatah lagi ditambah dengan kacaknya Oppa Korea, ia mampu buatkan jantung berdegup kencang, mata sampai membuntang, urat muka pun jadi tegang! Memang gila bayang! Bertambah gila sekiranya ada pengumuman konsert jelajah di Malaysia. Automatik bagaikan ombak di lautan, peminat KPOP menunjukkan padunya sokongan! Syilala juga begitu… peminat BigBang paling fanatik tahap maksima!

Berlainan personaliti dengan Ema Mona, gadis itu begitu menitik beratkan budaya Melayu tradisional. Tariannya lembut-gemalai. Berpenampilan baju kurung yang bersulam keemasan dengan kerongsang besar. Memang cantik, memang tertawan!Akibat berbeza budaya, Syilala mahu buktikan bahawa tarian tradisional tersangatlah ketinggalan zaman. Manakala tarian rentak KPOP lebih menyeronokkan. Ema Mona pula begitu lantang mempertahankan seni tradisional Melayu yang semakin dilupakan.

Perang antara budaya Melayu dan budaya Korea mula tercetus. Mereka saling berlawanan dan mensabotaj latihan-latihan tarian yang diadakan bagi membuat persiapan hari persembahan Sri Bangsar. Kedua-duanya mahu buktikan tarian siapa yang paling hebat. Miss Oppa lawan Cek Mek Molek, siapa yang akan menang akhirnya?

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

1 review for Miss KPOP Lawan Che Mek Molek

  1. Rated 5 out of 5

    Sya Malika Nathifa

    #CABARANCUTISEKOLAH04

    Nama:Sya Malika Nathifa bt Mohd Nasyuha Fadzly
    No BTJ: BTJ059
    Review: MISS KPOP LAWAN CHE MEK MOLEK

    Assalamualaikum! Mona yang berasal daripada Kelantan terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur mengikut ayahnya bekerja.
    Apabila di Sekolah Sri Bangsar ada sekumpulan gadis yang meminati KPOP dan menjadi saingan kumpulan Che Mek Molek. Mereka saling berlawan dan mensabotaj latihan-latihan tarian yang diadakan bagi membuat persiapan hari persembahan Sri Bangsar. Setiap kali peperangan berlaku mereka akan dipanggil ke Bilik Displin.

    Suatu hari mereka perlu menggabungkan tarian mereka untuk Pesta Kebudayaan Kuala Lumpur.

    Apakah kesudahan mereka? Adakah mereka bekerjasama untuk Pesta itu?
    Kalau ingin tahu cepat-cepatlah beli buku Miss Kpop Lawan Che Mek Molek.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *