Sold Out

Lawak Sekolah : Belajar Berkenalan

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM14.00

Out of stock

Penerangan

Mengisahkan sebuah robot tukang yang bernama Robita menjadi pelajar baru di Sekolah Sri Bangsar.

Di sekolah, Robita terpaksa belajar bagaimana untuk bergaul dengan pelajar-pelajar lain. Masalah timbul apabila Robitasebelum ini tidak pernah bersosial dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu Robita terasa sangat kekok berada dikalangan kelompok manusia.

Bard Badzli yang diamanahkan untuk menjaga Robita menjalankan tugas dengan memberi tip-tip bagi membantu rakan robotnya itu menyesuaikan diri di sekolah dan berkawan dengan kawan-kawan baru.

Berbagai ragam dan telatah sepanjang Robita cuba belajar menyesuaikan diri sebagai pelajar baru.

Sebagai sebuah robot tukang yang tidak pernah bersosial, Robita merasakan arahan untuk menyamar sebagai manusia dan bersekolah di Sekolah Sri Bangsar adalah sesuatu yang amat menakutkan! Hanya Bard Badzli sahaja yang mengetahui rahsia Robita dan sudi untuk membantunya dengan memberikan tip-tip mudah untuk berkenalan dan bermesra dengan pelajar lain. Namun, pada hari pertama sekolah lagi, banyak hal sudah berlaku akibat sifat kekok Robita itu. Rahsia Robita seakan dapat dihidu oleh pembantu ketua kelas yang garang, Nera Elena. Nera Elena sering mengugut Robita dan Bard Badzli untuk membongkarkan rahsia mereka. Robita dan Bard Badzli sering kali cuba melarikan diri sekiranya terserempak dengan Nera Elena, tetapi Robita kemudiannya dilantik menjadi Ketua Kelas yang baru dan diminta untuk duduk bersebelahan dengan Nera Elena. Walaupun Nera Elena kelihatan garang dan mencurigai Robita, namun dia juga turut membantu Robita dengan memberikan tip menjadi ketua kelas.

Info Tambahan

Weight 0.5 kg
pa_tarikh-terbit

27 Apr 2012

pa_jumlah-muka-surat

176

pa_penerbit

Blink Book Sdn Bhd

1 review for Lawak Sekolah : Belajar Berkenalan

  1. Rated 5 out of 5

    Aisya Nur Liyana

    Saya menyukai buku ini kerana buku ini mempunyai banyak idea lawak.Contohnya seorang prof menyukai menonton cerita drama telenovela latin.Nama robita juga dari drama.Maksud nama itu ialah ROMEO BIANCA TANZALES hero drama telenovela.Buku ini juga mengajar kita cara untuk memperkenalkan diri kita di dalam kelas.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *