Sold Out

Hero Takut Zombie

RM16.00

Out of stock

Category:

Penerangan

SPM sudah hampir, Sekolah Sri Bangsar bercadang untuk mengadakan kem motivasi selama dua hari satu malam untuk bakal calon SPM. The Wannababes yang baru pulang dari kem sorak di Universiti Selatan Malaysia sekali lagi terpaksa menyertai aktiviti tersebut selepas dipaksa oleh Cikgu Amnah, si Harimau Sri Bangsar. Cikgu Aziz pula dilantik sebagai pembantu Cikgu Amnah dan ditugaskan menjaga keselamatan para peserta kem.

Kem motivasi yang pada mulanya berjalan dengan lancar akhirnya menjadi huru-hara apabila makanan para peserta telah diracun oleh Agensi B1N1 yang ingin mensabotaj Cikgu Aziz. Akibatnya para peserta bertukar menjadi zombie kecuali Cikgu Aziz, Fasha, Shasha dan Diana kerana tidak memakan makanan tersebut.

Kini mereka berempat bersatu membawa misi untuk memulihkan semula peserta-peserta yang telah menjadi zombie. The Wannababes yang terkenal dengan gediknya, berpeluang untuk beraksi sebagai superhero. Berjayakah mereka untuk melawan zombii-zombie Sri Bangsar seterusnya memulihkan semula seperti sedia kala? Semuanya terjawab dalam Siri Hero Sri Bangsar : Hero Takut Zombie.

Info Tambahan

Weight 0.5 kg
pa_tarikh-terbit

27 Apr 2012

pa_jumlah-muka-surat

240

pa_penerbit

Blink Book Sdn Bhd

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hero Takut Zombie”

Your email address will not be published. Required fields are marked *