Gosip Sri Bangsar – Tragedi Rombongan Berdarah

(3 customer reviews)

RM15.00

Ahli Kelab Rekreasi pergi rombongan? Ekspedisi kali ini unik kerana membabitkan kerjasama dua buah sekolah. Seramai 15 pelajar Sri Bangsar dan 15 lagi warga Zara Damansara kini bergerak dalam satu bas… menuju ke Terengganu Darul Iman.

Out of stock

Penerangan

Ahli Kelab Rekreasi pergi rombongan? Ekspedisi kali ini unik kerana membabitkan kerjasama dua buah sekolah. Seramai 15 pelajar Sri Bangsar dan 15 lagi warga Zara Damansara kini bergerak dalam satu bas… menuju ke Terengganu Darul Iman.

Sepanjang perjalanan, pelbagai perkara berlaku. Bermula dengan mesej ugutan yang diterima oleh Shasha… ahli The Wannababes yang cantik bergaya, kaya lagi popular. Anak Dato’ Saidini itu ditakut-takutkan dengan video ganas. Diketahui setiap pergerakan secara dekat, ada yang memerhati dengan niat jahat!

Satu rombongan tambah gempar kerana ketika berhenti rehat, Shasha turut cuba diculik di tandas! Mujur Betty yang merupakan wartawan sekolah, ada di sisi dan menyelamatkan situasi. Betty mula mengesyaki… wujud penjahat yang bersama-sama mereka di dalam bas!

Rupa-rupanya itu baru permulaan! Bas dibom, pelajar ditembak, ahli rombongan ditawan, dan dibawa ke lokasi rahsia! Apa motifnya? Apa kehendak penjenayah itu sebenarnya? Perjalanan ceria bertukar jadi tragis dan berbahaya!

Apa kesudahan kisah ini? Mampukah semua diselamatkan? Ketahui segalanya dalam novel penuh debaran ini… harap jangan takut pula sertai rombongan sekolah ya!

3 reviews for Gosip Sri Bangsar – Tragedi Rombongan Berdarah

  1. kamilia

    Cerita yg sgt menarik dan mengerikan.. tp terselit lawak² 😍😍

  2. Haiqal

    5 star!!!!

  3. Azzahra Azizul

    Kesian ahli rombongan ke Terengganu. Siapa sangka Shasha & Linda turut sertai rombongan ni. Suspek kes ini ada kaitan dengan novel Cikgu Paling Berhantu. Kisah yang mendebarkan, ekstrem & mencabar. Banyak pengajaran diperoleh.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *