Sold Out

Gadis Novel Lawan Budak Komik

Rated 5.00 out of 5 based on 2 customer ratings
(2 customer reviews)

RM10.00

Out of stock

Penerangan

Pembubaran Kelab Novel dan Kelab Komik? Sekolah Sri Bali kecoh apabila dua presiden menyerang mesyuarat kelab dan persatuan. Tidak puas hati kerana kelab mereka dibubarkan oleh pihak sekolah! Nella Amara selaku presiden Kelab Novel dan geng gadis-gadis novel harus bertindak! Hafidzi Roshidi beserta pelajar-pelajar yang mencintai komik perlu mempertahankan hak!

Tragedi pembubaran dan peristiwa kekecoahan itu sampai ke pengetahuan Tuan Pengetua. Mereka diberi peluang kedua, mesti tingkatkan jumlah keahlian kelab. Buktikan siapa lebih banyak penyokong… komik ataupun novel?

Maka Nella Amara mula merancang strategi. Menarik pembaca dengan gula-gula hadiah yang lumayan tidak terperi. Hafidzi Roshidi pula menggunakan kaedah kostum dan maskot, sampai Naruto dijemput ke sekolah!

Sengitnya perlawanan, masing-masing mula melancarkan perang saraf! Pencinta novel memperlekehkan komik, katanya itu bahan bacaan ringan lagi picisan. Kaki komik pula melabel pembaca novel itu gemar berkhayal dan jiwang.

Pertembungan dua pihak, novel ataupun komik yang akan menang? Kelab mana yang akan kekal? Bacalah Gadis Novel LAWAN Budak Komik… apa yang penting, ini bahan bacaan yang menyeronokkan!

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

2 reviews for Gadis Novel Lawan Budak Komik

  1. Rated 5 out of 5

    Nurul Nadhirah (verified owner)

    Best sangat!!!! kelakar tak terhingga..

  2. Rated 5 out of 5

    Aisyah Humaira (verified owner)

    Cerita yang penuh dengan aksi dan lawak jenaka berkenaan buku novel dengan buku komik…Nice book

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *