Duyung Diva & Si Tanggang

RM16.00

Out of stock

Category:

Penerangan

Cerita ini merupakan sambungan kisah Fizz dan Tizz yang mengembara ke alam dongeng. Setelah berjaya menyelesaikan kes Cinderellah, kes kedua yang diberikan adalah kes di lautan.

Mereka perlu menyelesaikan kes seekor duyung yang mahu jadi manusia. Pada mulanya Fizz sangat teruja. Maklumlah, dapat bertemu duyung yang dikatakan sangat cantik rupawan orangnya. Rupanya setelah bertemu, baru Fizz mengetahui duyung bernama Puteri Arella itu sangat sombong, banyak kerenah dan keras kepala. Puas dinasihatkan supaya jangan mahu menukar asal kejadian, Puteri Arella tetap berdegil. Malah tetap mahu mencari cara-cara naik ke daratan.

Tizz, Fizz dan Milo bergabung tenaga, menghalang Puteri Arella daripada bertemu Putera Raja dan seterusnya bercinta. Dengan bantuan paus bernama Moby Dick yang akan menelan semua kapal-kapal manusia. Namun entah di mana silapnya, Puteri Arella bertemu dengan Tanggang pula. Tanggang si anak derhaka yang belayar berbulan-bulan di lautan hingga tidak ingatkan keluarga.

Dapatkah Tizz dan Fizz menyelesaikan kisah Duyung Diva dan Si Tanggang?

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Duyung Diva & Si Tanggang”

Your email address will not be published. Required fields are marked *