Dahsyatnya UPSR 2 – Pecutan Terakhir

(1 customer review)

RM12.00

Out of stock

Penerangan

Daniel bin Arsyad atau lebih dikenali sebagai Dahsyat… mengalami kemurungan teruk selepas peperiksaan percubaan UPSR. Makan tiada selera, keluarga jadi kurang mesra, malah ibunya ada sakit rahsia yang membimbangkan semua.
Cuba bangkit semula, Daniel merancang pelbagai usaha mempersiapkan diri. Berazam mahu berubah, malah siap buat ikrar lagi!

Maka saya anak Arsyad yang kacak,
Dan Nora Danisha yang lawa memikat,
Berikrar bahawa sesungguhnya,
Akan menumpukan sepenuh perhatian sehingga pengsan,
Bagi menggilap otak berkarat,
Demi mencapai sasaran UPSR 6A,
Berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut;

Kepercayaan kepada guru,
Kesetiaan kepada buku latihan,
Keluhuran doa penerang hati,
Kedaulatan setiap subjek,
Keazaman dan kecekalan.

Pada kala tempoh UPSR hanya tinggal sebulan sahaja lagi, mampukah Daniel mengubah keputusan corot jadi cemerlang? Sila baca novel kelakar tetapi sarat dengan tip pembelajaran… semoga semua turut lulus peperiksaan! Amin.

1 review for Dahsyatnya UPSR 2 – Pecutan Terakhir

  1. Bhh

    Best content ever

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *