Bayangan Mata Hantu

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM10.00

Penerangan

Zahara Ziya menjadi ikon penulis muda Sekolah Sri Bangsar apabila berjaya menghasilkan novel ketika di bangku sekolah. Sambutan hangat diterima, maka perlu hasilkan novel baharu bagi mengekalkan momentum populariti nama.Namun, manuskrip cinta ditolak pihak penerbitan dengan alasan itu bukan lagi permintaan pasaran. Kini dia diminta menulis cerita hantu! Demi kemasyhuran… tawaran perlu diterima.

Masalahnya Zahara seorang gadis yang tidak percayakan hantu. Mulut cabul mencabar mana-mana hantu agar muncul di hadapannya. Berpuluh-puluh filem seram ditonton sebagai rujukan. Namun, tiada yang berjaya menakutkan. Sampai satu ketika, kubur pun sanggup diteroka sendirian.

Satu hari, mesej rahsia diterima entah daripada siapa… mengatakan boleh membantu menembusi alam roh. Kanta lekap ajaib bertukar tuan. Maka bermulalah pengalaman paling menakutkan. Kelibat lembaga berbulu hitam sering menampakkan diri dan mendampingi. Dia dilanda ketakutan tiada tara, kanta lekap ajaib segera dibuka.

Malangnya gangguan tidak berhenti. Kanta lekap sudah tidak dipakai lagi, tetapi mengapa gangguan kekal mendominasi? Apakah nasib Zahara Ziya seterusnya? Mampukah hijab mata ditutup kembali? Ataupun mungkinkah terpaksa melihat makhluk halus dengan mata kasar secara abadi? Semuanya terjawab di dalam novel BAYANGAN MATA HANTU…

Info Tambahan

Weight 0.225 kg

1 review for Bayangan Mata Hantu

  1. Rated 5 out of 5

    Nor Amelia

    Buku ini mengajar saya erti keburukan percaya sesuatu perkara. Dimana mata kita boleh terbuka hijab hanya dengan satu canta pelekap. Bukan itu sahaja, ia memberi impak mendalam tentang keburukan meminta pertolongan dari perkara syirik hanya semata-mata memenuhi keinginan impian. Bah kata perpatah, malam tidak berbau. Menyesal tidak berguna. ‘5 bintang’

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *