Aku Mahu Jadi Travelistar

(4 customer reviews)

RM15.00

Nur Adira binti Adib lahir dalam keluarga bergelar ‘Traveller’. Namun, dirinya lebih suka menyendiri di rumah, membantu Bibik Fatimah memasak. Teramat berbeza dengan kakaknya, Edora yang begitu aktif melancong secara backpacker sendirian. Setakat negara-negara Asia Tenggara, semua sudah dijejak. Kemudian sentiasa mendabik dada, penuh riak!

Out of stock

Penerangan

Nur Adira binti Adib lahir dalam keluarga bergelar ‘Traveller’. Namun, dirinya lebih suka menyendiri di rumah, membantu Bibik Fatimah memasak. Teramat berbeza dengan kakaknya, Edora yang begitu aktif melancong secara backpacker sendirian. Setakat negara-negara Asia Tenggara, semua sudah dijejak. Kemudian sentiasa mendabik dada, penuh riak!

Cemburu dengan perhatian yang diterima Kak Edora, Adira mengambil keputusan menyertai sebuah pertandingan berprestij diberi nama ~ Pencarian Travelistar!
Tanpa disedari, dia perlu bersaing dengan lima kumpulan lain yang berbeza-beza personaliti. Ada kumpulan berbadan sasa, otot berketak macam Badang! Ada yang pakar gajet, semua peta di hujung jari. Ada juga Hijab Sister yang begitu menjaga adab, berzikir sepanjang perjalanan biar berkat.

Paling mencengkam jiwa apabila Adira turut bersaing dengan kumpulan paling diva, The Wannababes! Tujuh gadis kota yang berlagak sombong itu berhati syaitan! Di rumah merana dengan kehadiran Kak Edora, kini dia terpaksa berhadapan dengan tujuh gadis yang serupa kakaknya!

Mampukah Adira menghadapi segala cabaran hanya berasaskan ilmu bibiknya sahaja? Ikuti kisah suka duka, haru biru perjalanan dalam mencapai gelaran Travelistar!

4 reviews for Aku Mahu Jadi Travelistar

  1. KAIRA

    Saya nak sangat beli buku ni…

  2. Illy Syah

    Hai!Buku ini mengisahkan Nur Adira binti Adib,anak kepada pasangan suami isteri yang bergelar ‘traveller’.Namun begitu,dia bukanlah seperti ibubapanya.Dia ialah seorang gadis yang lebih suka duduk dirumah dan bersendirian.Dia juga mempunyai seorang kakak,Edora.Dia sering diejek.Demi membuktikan dia juga seperti keluarganya,dia menyertai program Pencarian Travelistar!!Ingin tahu selanjutnya?Dapatkan buku ini segera!!

    #CABARANCUTISEKOLAH_04

  3. Engku Muhammad Afiq bin Engku Ameri @ Engku Azani (verified owner)

    Sebuah bacaan yang santai! Buku ini bagaikan cukup segala rasa, humor ada, saspens ada, sadis pun ada! Emosi tidak stabil jadinya, tetapi jiwa tetap gembira kerana berpuas hati akan pembacaan yang memuaskan. Langsung tidak menguap, lancar sahaja mata ke kiri dan kanan dan jari membelek helaian demi helaian. Saya suka!

  4. Afina

    Best!!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *