Aku Mahu Jadi Seoulvivor

(7 customer reviews)

RM15.00

Out of stock

Penerangan

Sambutan hari lahir dibuat di Seoul, Korea. Oh… bukan calang-calang remaja yang dapat menikmati kehebatan sebegitu. Ibu bapa memberi kejutan, malah sudi menaja segalanya.

Sazzy The Wannababes tidak menyangka, itu hadiah buatnya. Menginap hotel mewah… malah bakal duduk kerusi VIP bagi menghadiri Seoul Fashion Week. Kemungkinan besar dapat bertemu artis-artis K-POP. Oh, hebatnya jika ada G-Dragon!

Paling seronok, Sazzy diberi kepercayaan melancong bersama sahabat seusia. Maka tentunya ahli The Wannababes yang jadi teman pilihan bagi menikmati segala kehebatan.

Malangnya sebaik sampai… pemandu teksi membawa dua remaja terus ke ceruk kampung dan bukannya ke Seoul. Lebih menakutkan, mereka dikejar samseng jalanan. Habis pakaian, dokumen daftar hotel dan pasport dicuri dalam sekelip mata!

Percutian merangkap sambutan hari lahir Sazzy terus berubah jadi satu ekspedisi menyelamatkan diri dan nyawa. Mereka perlu bertahan di Seoul dalam keadaan sehelai sepinggang, sekeping duit pun tiada!

Mampukah Sazzy susah di negara orang pada kala selama ini hidupnya senang-lenang? Sememangnya kisah travelog ini mendebarkan… mengundang sakit jantung, pinggang, dan pankreas! Bacalah novel Aku Mahu Jadi Seoulvivor hingga ke muka surat terakhir bagi mengetahui jawapannya!

7 reviews for Aku Mahu Jadi Seoulvivor

  1. Nurul Nadhirah

    best cerita ni

  2. Najwatul Husna

    Sememangnya buku ni sangat best. Cerita pun penuh misteri. Banyak kejutan juga. 5 bintang untuk buku ni.

  3. KAIRA (verified owner)

    saya bagi lima bintang kerana cerita ini best dan menyedihkan!

  4. KAIRA

    buku ni sangat gempak dan best!

  5. KAIRA

    buku ni sangat gempak!!!

  6. Nadirah

    Rugi kalau x bca

  7. Engku Muhammad Afiq bin Engku Ameri @ Engku Azani

    Novel remaja paling saspens pernah saya baca! Mata tidak dapat berkelip kerana terus-terusan mahu tahu sambungan. Jantung berdegup kencang, nadi deras berdenyut. Walaupun agak tertipu dengan penamatnya, tetapi sebuah bahan bacaan yang berbaloi. Bila masa lagi hendak lihat The Wannababes merana? Dalam buku inilah jawabnya!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *