Aku Mahu Superbibik – Edisi Kemas Kini

(2 customer reviews)

RM17.00

Out of stock

Category:

Penerangan

“Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih berbahasa Inggeris, mahir menjahit dan ada lesen memandu serentak!” beritahu Ina yakin.

“Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa seperti kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak.

“Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tetapi saya tidak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu bibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang superbibik!”

Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temu ramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!

Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga bibiksecara serentak. Itu membuatkan Fasharina binti Tan Sri Hisham, Ketua The Wannababes rasa tercabar. Fasha yang punya dua bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha perlu mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!

Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novel Aku Mahu Superbibik!

2 reviews for Aku Mahu Superbibik – Edisi Kemas Kini

  1. KAIRA

    jangan habis stock cepat sangat ye !!

  2. Nur Syazwani Rizan

    Novel ini amat menyeronokkan! Saya rasa saya telah jatuh cinta dengan novel ini dan rasa mahu baca beribu-ribu kali. Apabila anda membaca buku ini, pastinya anda semua akan geram dengan sikap si pembantu. Huh, sampai rasa mahu tampar saja si pembantu itu! Akhir sekali, buku ini terdapat pelbagai pengajaran.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *