Sold Out

Aku Mahu Bergaya

Rated 5.00 out of 5 based on 8 customer ratings
(8 customer reviews)

RM15.00

Out of stock

Penerangan

Siti Nurlinda binti Ratfar, Ketua Gosip The Wannababes… kumpulan paling popular di Sri Bangsar. Semua ahli-ahlinya merupakan anak-anak orang kaya. Profil Linda sendiri tidak kurang hebatnya. Tinggal di kondo mewah, ibu bapa pula menetap di luar negara kerana menguruskan perniagaan di sana.

Namun, segalanya hanyalah cerekarama yang dicipta. Hakikatnya, Linda hidup amat sederhana. Menetap di kawasan setinggan, ayahnya bekerja sebagai kerani kerajaan. Demi mengaburi mata The Wannababes, Linda sanggup menyamar!

Namun bukan mudah mahu kekal bergaya seiring dengan anak-anak orang kaya. Pada kala poket berhabuk, Linda perlu tampil dengan pemakaian yang elok-elok. Pada ketika duit tidak cukup, sahabat baik pula menyambut hari jadi dan mesti dibelikan hadiah yang meletup.

Linda mencari pelbagai alternatif kewangan sehingga dinobatkan sebagai ‘the new trendsetter in Sri Bangsar!’

Namun tiba-tiba identiti Linda terbongkar. Bagaimanakah penerimaan The Wannababes terhadapnya? Adakah masih kekal bersahabat walaupun berlainan darjat? Semuanya terjawab dalam Aku Mahu Bergaya… novel tentang persahabatan yang amat menyentuh jiwa.

Info Tambahan

Weight 0.3 kg

8 reviews for Aku Mahu Bergaya

  1. Rated 5 out of 5

    nur damia bt don harriman

    Cerita ni menarik dan banyak teknik2 kejutan yang digunakan menjadi malah banyak unsur2 moral yang dpat ditonjolkan oleh setiap watak yang diceritakan daripada awal hingga akhir.

  2. Rated 5 out of 5

    Alisya Aida

    Buku ini sangat menarik dan menyeronokkan. Malah, buku ini juga amat menyentuh hati dan mampu menitiskan air mata pembaca. Ia mengajar saya bahawa hubungan persahabatan yang terjalin lebih bermakna daripada harta kekayaan. Kepada sesiapa yang belum memiliki buku ini, anda wajib membelinya kerana buku ini sarat dengan pengajaran.

  3. Rated 5 out of 5

    Alisya Aida

    Buku ini sangat menarik dan menyeronokkan. Malah, buku ini juga amat menyentuh hati dan mampu menitiskan air mata pembaca. Ia mengajar saya bahawa hubungan persahabatan yang terjalin lebih bermakna daripada harta kekayaan. Kepada sesiapa yang belum memiliki buku ini, anda wajib membelinya kerana buku ini sarat dengan pengajaran.

  4. Rated 5 out of 5

    Rose Safiyah

    Novel ini menunjukkan bahawa persahabatan yang terjalin sekian lama susah untuk diputuskan walaupun berlainan darjat dan harta. Keyakinan dalam diri seseorang sangat penting kerana kita perlu menjadi diri sendiri bagi mengetahui sahabat yang mampu menerima kita seadanya. Kepada Blinkers yang lain jangan lupa dapatkan novel ini kerana amat menyentuh jiwa.

  5. Rated 5 out of 5

    Engku Muhammad Afiq bin Engku Ameri @ Engku Azani

    Karya yang menyayat hati. Jelas menekankan tema persahabatan, juga menyentuh isu sensitiviti antara golongan kaya dan miskin. Wang ringgit aset dunia, yang tidak dapat menyaingi keutuhan setia kawan. Saya menyedari, teman sejati mustahil dibeli dengan kad kredit. Mewah di dunia, tetapi fakir di jiwa. Bijaklah memilih kawan, ikhlaslah sebagai kawan.

  6. Rated 5 out of 5

    Alyaa iman

    #cabarancutisekolah04
    Nama: Nurul Alyaa Iman binti Beseri
    No ahli:BTJ015
    Tajuk buku yang dipilih : Aku Mahu Bergaya
    Hi blinkers sekalian! Harini saya mahu mempromosikan buku yang bertajuk Aku Mahu Bergaya… Mengapa kita perlu membeli buku ini? Kerana buku ini penuh dengan debaran dan pengajaran. Linda. Siti Nurlinda binti Raftar, boleh menyelamatkan orang! Memang tidak percaya bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Jika mahu tahu lebih lanjut, silalah beli buku ini

  7. Rated 5 out of 5

    Nursyafiqah Hairul Izham

    Buku ini sememangnya mengajar saya bahawa persahabatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Perasaan yang bercampur baur menerpa diri bermula daripada teruja , sedih , simpati , terharu sehingga saya tidak dapat berhenti membaca. Meskipun novel ini mempunyai beratus-ratus perkataan dan muka surat , ia seolah-olah tidak mencukupi kerana karya yang dihasilkan sungguh menarik !

  8. Rated 5 out of 5

    Alyaa iman

    *#CABARANCUTISEKOLAH04*
    Nama: Nurul Alyaa Iman
    No ahli rasmi: #BTJ015
    Tajuk buku yang dipilih: Aku Mahu Bergaya
    Hai semua blinkers seklian! Harini saya mahu mempromosikan buku yang bertajuk Aku Mahu Bergaya. Mengapa anda mesti membeli buku ini? Mengapa? Kerana Linda. Siti Nurlinda binti Raftar. Ya ahli the wannababes yang sangat pandai berlakon. Tetapi lakonanya terbongkar ditangan the wannababes. Linda juga menjadi hero didalam buku ini. Tidak percaya bukan? Jika mahu tahu lebih lanjut silalah beli buku ini. Jika kehabisan stok anda boleh membelinya di Kedai Blink Online.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *