Hero Vs KL Gengstar

RM16.00

Out of stock

Category:

Penerangan

Siri Hero Sri Bangsar kini kembali. Kali ini cerita tentang Daniel yang mahu menyumbangkan jasa pada sekolah dengan memohon untuk menjadi pengawas tetapi hanya dapat jawatan pengawas percubaan sahaja. Namun itu tidak melunturkan semangatnya untuk menjadi pelajar yang baik.

Pembubaran Geng The Wannabad Boys telah membuka ruang pada sekumpulan budak nakal untuk berkuasa di sekolah rendah Sri Bangsar dengan menggelarkan kumpulan mereka sebagai KL Gengstar(Perasan diri mereka itu superstar). Kini Daniel yang telah menjadi pengawas telah menjadi sasaran.

Kumpulan JOI pula telah meneruskan agenda jahat mereka. Kali ini mereka mahu merampas beg yang mempunyai dokumen penting milik Agensi HOI dan beg tersebut berada di bawah jagaan Cikgu Aziz. Untuk itu Kumpulan JOI telah menghantar Mat Glamor untuk merampas beg tersebut. Berjayakah Mat Glamor menjalankan tugasnya dan berjayakah Daniel menjadi pengawas sekolah?

Hanya orang yang baca buku ini sahaja yang tahu kesudahannya. Selamat membaca!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hero Vs KL Gengstar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *